Posts Tagged bm
Temporary Hiatus
Posted by sanzblanco in Announcement on August 27th, 2009
Salam y’all!
Firstly, aku nak mintak maaf sebab kekurangan update sejak dua menjak ni. :p
Ini adalah sebab ketiadaan connection internet untuk aku buat sementara waktu dan ini sangat menyusahkan untuk meng-update sebarang post, yeh?
Oleh itu, mari kita meletakkan pressure ke atas encik scumbaggins untuk melukis / post something. Bwahahaha.
Aku akan kembali post apa-apa update setelah berjaya mendapatkan connection internet yang stabil.
Kthxbai.
Boikot!
Posted by scumbaggins in Discussion, General on July 24th, 2009
Assalamualaikum suma! dan juga selamat sejahtera….
Memandangkan semenjak dua menjak ni byk post2 kat Staiyano ni asik2 pasal review ngan video2 bangang, aku nak try balik kpd topik2 diskusi yg harap2 boleh memangkinkan perkembangan mental aku sendiri dan juga hangpa suma. Okeh?
Oraittt!!

kasi boikot! kasi bakar!
Boikot ni bleh dikatakan benda yg slalu kita dengar time2 Palestin kena ganyang ngan Israel, time ada orang yang menghina Islam ataupun Nabi Muhammad S.A.W, ataupon time Amerika saja2 nak test power ngan menyerang ataupon mengebom negara2 yg dia rasa tak berkenan. Haa, time nilah suma pakat nak boikot Mekdi, KFC, Starbucks, Coca Cola atau apa2 saja yg ada kaitan ngan Amerika ataupon Yahudi. Tapi tak dinafikan ada yg buat dek ja, ataupon tak sapot boikot2 ni.
Sanbongicorner
Posted by sanzblanco in Reviews, Web/Blog on July 21st, 2009
Salam y’all.
Korang perasan tak, sekarang ni, blogshop menjual pakaian / tshirt adalah satu trend atau kata orang mat salleyh, the in thing. Ramai gile kenalan dan kawan-kawan aku yang meng-advertisekan blogshop derang kat status facebook ataupon status ym dan tak kurang jugak yang personally mesej aku untuk meng-advertisekan blogshop derang.
Kenapa blogshop? Of kos sebab tak payah keluarkan kos yang tinggi untuk membina website yang canggih manggih dengan intergrasi payment portal (bagi mereka yang buta IT) dan tak payah buang masa nak come up dengan website sendiri. Blog je, apa susah? Register, amek gamba baju, post. Setel! Senang kan? So, apa lagi, sila la bukak blogshop anda sekarang!
Anyways, post aku adalah untuk meng-advertisekan salah satu blogshop yang timbul bagaikan cendawan lepas hujan. (betul ke kiasan aku ni?) atau pendek kata, promot blogshop member-member. (Ini bukan post berbayar, tapi jika nak bayar, akan didahului dengan jutaan terima kasih dan budi baik mu dibawa mati)
KomPen: Urban Legend
Posted by scumbaggins in KomPen on July 20th, 2009
Assalamualaikum… dan selamat sejahtera!
KomPen kali ni, aku nak share pasal satu urban legend yg agak kerap gak ah aku dengar. Masa aku skolah dlu pon dah pnah dgr skali, pastu baru-baru ni plak mak aku cita lagi.
So, kalo dah nama pon urban legend, kesahihan cita ini tak dapat dipastikan. Adakah ianya khabar angin dan rekaan semata-mata? Atau ianya suatu kisah benar yg ditokok tambah? Agh! Apa2 hal pon….layankannn sudaa!
Martyrs
Posted by scumbaggins in Movies, Reviews on July 18th, 2009
Asssalamualaikum, dan selamat sejahtera semua!
Apa macam? Sihat ka? Sori ah lama gak tak apdet. Suma panel Staiyano agak *uhuk uhuk* bizi kebelakangan ini. Kalo tak bizi, kena writer’s block. So bila dah kena writer’s block, ubat yang mujarab ialah tido ataupun isap rokok (sila pilih salah satu), heheh.
Orait! Movie review kembali lagi, dan oleh kerana aku suka tengok cita seram, kali ni aku aku nak bedah siasat skit sebuah cita seram thriller dari Perancis yang bertajuk Martyrs. So, sesapa yang minat cita yang ada babak2 pendarahan, orang mati tak sempat mengucap, tikam-menikam (bukan tikam nombor ok) atau korang mmg tadak keja, teruskan membaca!
.jpg)
melihat ke arah cerah...

Recent Comments