Boikot!


Assalamualaikum suma! dan juga selamat sejahtera….

Memandangkan semenjak dua menjak ni byk post2 kat Staiyano ni asik2 pasal review ngan video2 bangang, aku nak try balik kpd topik2 diskusi yg harap2 boleh memangkinkan perkembangan mental aku sendiri dan juga hangpa suma. Okeh?

Oraittt!!

kasi boikot! kasi bakar!

kasi boikot! kasi bakar!

Boikot ni bleh dikatakan benda yg slalu kita dengar time2 Palestin kena ganyang ngan Israel, time ada orang yang menghina Islam ataupun Nabi Muhammad S.A.W, ataupon time Amerika saja2 nak test power ngan menyerang ataupon mengebom negara2 yg dia rasa tak berkenan. Haa, time nilah suma pakat nak boikot Mekdi, KFC, Starbucks, Coca Cola atau apa2 saja yg ada kaitan ngan Amerika ataupon Yahudi. Tapi tak dinafikan ada yg buat dek ja, ataupon tak sapot boikot2 ni.

Oh, kesian gak budak tu hilang kaki kena bom! Tapi apadehal beb, bukannya salah ayam kentaki ni dia jadi camtu, kan?

kata seorang rakyat biasa sambil menikmati hidangan Dinner Plate beliau. Ayam tiga ketoi tuuu!

Kalo kita boikot pon mcm ludah ke langit je! Efeknya kena kat kita balik. Job security budak2 Melayu yg keja kat restoran2 francais dari Amerika pon kacau! Last2 ekonomi kita pon hancusss!

kata seorang pakar ekonomi plak. Tak silap aku dia dari economic consultant company yg ada kena-mengena ngan Amerika gak, haha.

valueJadi, wat tu du? Kalo boikot2 pon, brapa lama sgt bleh tahan tak mkn KFC ataupon posa minum Coke? Abih kuat 2-3 bulan, bila isu2 di atas tadi tu dah senyap. Kat tv pon dah tak kuar lagi gamba2 org Palestin mati kena tembak, ataupon org yg menghina Rasullullah S.A.W tadi dah mintak maap. Lagi satunya, ada ka restoran francais Melayu/Malaysia yg bleh celen resepi 11 rempah rahsia Kolonel janggut sejemput yg dok tersengih manjang tu? Tambah plak kat Mekdi ada offer McValue Lunch! Hanya dari RM 5.95!

Boikot ataupon tidak, tu hal masing-masing la kan? Tepuk dada tanya medan selera mana dekat.

Tapi the big picture is Yahudi dan juga sekutu2nya ni mmg selamanya camtu perangai derang. Takleh tgk org Islam senang, ada saja hal yg nak dicucuknya. Bagi derang reaksi kita ni bila kena usik dah jadi sumber hiburan plak. PBB pon terhibur beb tgk kita ni. OIC plak mmg taleh buat apa la, setakat Oh, I see…. je la.

Mana tak terhibur, skali cucuk beribu keluar berhimpun tgh jalan. Bersorak sana sini, bakar patung, bakar kereta, bakar tayar, bakar bin osman (nama jiran aku masa kat kedah dlu). Dahtu siap berlawan plak ngan polis, gaduh sesama sendiri. Wow! Sungguh fun dan excitingnya!

Jadi kita ni dah mcm budak hingusan yg kena buli je la. Tak kira la kita dok senyap ataupon melawan, org tetap akan terhibur tgk reaksi kita! We are still the losers, no matter how! So, camna?

Sebenarnya dlm usaha2 org Yahudi ni dok pelekeh umat Islam, derang ada la jugak terlepas cakap. Terbagi hint secara tak sengaja. Ke mmg derang sengaja? Wallahualam. So, mari kita pakat2 usha apa sorang penguasa Yahudi ni cakap dengan penuh eksyen dan berlagak:

Kami akan takut kepada umat Islam jika mereka telah mengerjakan solat Subuh sepertimana mereka mengerjakan solat Jumaat.

So, kpd yg tak paham ataupon sesaja buat tak paham sbb statement tu terlampau pedih untuk ditelan, maksud org Yahudi laknat tu ialah depa akan takut kat umat Islam kalo yg pi solat Subuh pagi2 tu sama ramai ngan yg dok pi solat Jumaat kat masjid tetiap minggu tu. Haa tudiaaa nak habaq mai!

Jadi klu ataupon hintnya dah ada, tunggu apa lagi dudes? Kalo dipikirkan nak turun berhimpun kat jalan, ataupon bangun pagi2 berjalan ke masjid, mana lagi susah aa?

The scumbag himself,
scumbaggins

p/s: quote sang Yahudi tu aku amik dari buku Misteri Shalat Subuh (tajuk asal dalam bahasa Arab: Kaifa Nurhaafidzu ‘Alas Solatil Fajri) karya Dr. Raghib As-Sirjani. Cari dan baca buku tu! Isi-isi dia mmg superb, kalo still tak rasa nak bangun solat subuh lpas baca buku ni, tatau la nak ckp apa lagi dah!

  • Share/Save/Bookmark

, , , ,

  1. #1 by sanzblanco at July 24th, 2009

    patut org yahudi itu takut kalau org semayang subuh sama dengan orang semayang raya. haaa.. semayang raya tiap2 taun konfem sampai ke pagaq. nice or not?

  2. #2 by schult at July 24th, 2009

    :)

    kan? stuju!

  3. #3 by scumbaggins at July 24th, 2009

    haa kalo dah jadi camtu:

    a) mmg mamat yahudi tu masuk islam truih aa, ahaha!

    b) tak pon masa tu kiamat dah dekat……

  4. #4 by iman at July 24th, 2009

    skarang ni pun kiamat dah dekat ekceli…cuma brapa dkt tu yg tak pasti lagi.

  5. #5 by bulukorek at July 25th, 2009

    aku boikot mmg boikot. tapi kalo perut kosong. mekdi ka meksom ka…kfc ka… burger kingkon ka… aku balon ja.. paihtu boikot la balik.

  6. #6 by DownBeatStomp at July 25th, 2009

    topik yg menarik. tp kurang diambil serius :I .

  7. #7 by scumbaggins at July 25th, 2009

    alamak, jgn la marah abg DownBeatStomp.

    btw, kat astro nnt ada docu psl kes aia kl hostage crisis yg ko cita tu. tgk suda!

  8. #8 by Rashid at July 25th, 2009

    Betul tuh. Sebagai umat Islam, kita perlulah memboikot barangan-barangan Yahudi.

    Sebagai contoh, aku memainkan peranan dengan memboikot jenama-jenama kereta seperti Mercedes, Ferrari, Lamborghini, dan Rolls Royce. Aku pakai Kancil jerk.

  9. #9 by Ajis at July 26th, 2009

    wahahahaha terhibur! topic yg best

  10. #10 by amy cari at July 27th, 2009

    pendek kata kalau kita boikot semua, alamatnya takde la staiyano.com ni.. sbb diorang update news pakai pc intel buatan dari yahudi, hahahaha…

    boikot, boikot gak.. gulam la seround

  11. #11 by sanzblanco at July 27th, 2009

    pendek kata, tayah pulon nak boikot2 kalau yg wajib buat pon tak bleh buat lagi. ye dok? yg wajib lagi penting.

  12. #12 by Ajis at July 28th, 2009

    betul..hidup gulam..burung puyuh goreng satu!

(will not be published)
  1. No trackbacks yet.