Sanbongicorner


Salam y’all.

Korang perasan tak, sekarang ni, blogshop menjual pakaian / tshirt adalah satu trend atau kata orang mat salleyh, the in thing. Ramai gile kenalan dan kawan-kawan aku yang meng-advertisekan blogshop derang kat status facebook ataupon status ym dan tak kurang jugak yang personally mesej aku untuk meng-advertisekan blogshop derang.

Kenapa blogshop? Of kos sebab tak payah keluarkan kos yang tinggi untuk membina website yang canggih manggih dengan intergrasi payment portal (bagi mereka yang buta IT) dan tak payah buang masa nak come up dengan website sendiri. Blog je, apa susah? Register, amek gamba baju, post. Setel! Senang kan? So, apa lagi, sila la bukak blogshop anda sekarang!

Anyways, post aku adalah untuk meng-advertisekan salah satu blogshop yang timbul bagaikan cendawan lepas hujan. (betul ke kiasan aku ni?) atau pendek kata, promot blogshop member-member. (Ini bukan post berbayar, tapi jika nak bayar, akan didahului dengan jutaan terima kasih dan budi baik mu dibawa mati)

Sanbongi Corner!

Sanbongi Corner!

Nama blogshop tersebut adalah Sanbongi Corner(SB). Ha, apa special sangat pasal blogshop ni? Kenapa la aku nak promot sangat pasal benda alah ni? Untuk pengetahuan korang, blogshop ini adalah milik tiga gadis sunti yang berwarganegara Malaysia tapi kini bermastautin di negara matahari terbit. Kalau tatau kat mana, sila pegi mati. Or belajar balik Kajian Tempatan darjah 4.

Stail pakaian yang di-offer juga agak unik dan berlainan dari blogshop-blogshop lain yang aku pernah kunjungi. Selalunya, blogshop ni jual baju pompuan la, pasal pompuan memang suka membeli tak kira offline ke online ke. And macam-macam fesyen pompuan suka. Kalau lelaki, biasa t-shirt je. SB ni pon banyak caterkan fesyen-fesyen untuk pompuan, tapi ada la gak t-shirt untuk lelaki. Kenapa aku cakap stail pakaian di SB ni berlainan? Sebab stailnya adalah stail Jepun. Ha, korang mesti pernah / suka / terpaksa tengok cerita-cerita Jepun, tak kira la movie ke, drama ke, video clip ke. And korang mesti selalu terpikir, “Aih, gila ah fesyen orangĀ  Jepun. Mana nak carik fesyen camni?SB lah jawapan yang dicari-cari.

Kalau korang memang suka bergaya seperti Utada Hikaru, Nanako Fujiwara, atau Kyoko Fukada, inilah peluang anda nak menjadi seperti derang. Selain dari tu, baju-baju rare pon boleh didapati di SB. Senang cerita, kalau nak jadi bergaya Jepun, silalah kunjungi SB sekarang.

Oh ya! (aceh gila dramatik), sila buat tempahan sekarang kerana salah seorang owner/founder nak balik Malaysia hujung bulan ni. So, korang akan save kos penghantaran dari Jepun ke Malaysia.

  • Share/Save/Bookmark

, , ,

  1. #1 by dartdadada at July 21st, 2009

    terimakasih di atas jasa baik anda dok buat menatang ni ha ha

  2. #2 by buchik at July 24th, 2009

    terima kasih! going to check out the blogshoppp <3

  3. #3 by Ajis at July 26th, 2009

    wahahahahahahahahahhaha..best! terhibur..thanx

  4. #4 by scumbaggins at July 26th, 2009

    ajiz, ko ok ke? senang sgt terhibur ko ni….

  5. #5 by Ajis at July 26th, 2009

    hahaha..aku tengah bosan kerja…baca ayat2 korang…aku sampai tegelak2 sambil ckp ngan customer..mmg kene buang keje je tak lama lagi nie..mmg terhibur..bykkan lagi karya2 korang bley tak?

  6. #6 by man tak brapa nak kidal at July 27th, 2009

    gulam la weh

  7. #7 by sanzblanco at July 27th, 2009

    aku pon heran. nak kata kelakar, tak kelakar pon. kenapa ajis gelak panjang? hmm.. casko?

    gulam tu gapodio?

  8. #8 by scumbaggins at July 27th, 2009

    haha tu aa. ko isap rokok cap apa ajiz?

    gulam tu markas lepak di kota damansara.

    abe ni dah kira spam ni! amy cari la, awie sayap la, man tak berapa nak kidal la! hahahahampeh!

  9. #9 by Ajis at July 27th, 2009

    wei seriyes wei…yg “sila pegi mati” tu mmg aku tak espek lansung..mmg out of control la aku gelak..

(will not be published)
  1. No trackbacks yet.