Asssalamualaikum, dan selamat sejahtera semua!
Apa macam? Sihat ka? Sori ah lama gak tak apdet. Suma panel Staiyano agak *uhuk uhuk* bizi kebelakangan ini. Kalo tak bizi, kena writer’s block. So bila dah kena writer’s block, ubat yang mujarab ialah tido ataupun isap rokok (sila pilih salah satu), heheh.
Orait! Movie review kembali lagi, dan oleh kerana aku suka tengok cita seram, kali ni aku aku nak bedah siasat skit sebuah cita seram thriller dari Perancis yang bertajuk Martyrs. So, sesapa yang minat cita yang ada babak2 pendarahan, orang mati tak sempat mengucap, tikam-menikam (bukan tikam nombor ok) atau korang mmg tadak keja, teruskan membaca!
.jpg)
melihat ke arah cerah...
Movie ini adalah hasil arahan/tulisan incik Pascal Laugier dan siap buat debut kat Cannes Film Festival taun lepas. Ada yang suka, ada yang benci gila, dan ada yg kuar wayang siap muntah2! Memang staiiii aa kalo ada yg muntah2 sbb tgk cita ni kan?
Hype movie ni kira dasat gak aa. Review-review yg aku baca pon kata movie ni antara yg paling disturbing setakat ni, cita seram-thriller yang brilliant, dan lain-lain lagi pujian. Lagipon movie ni mai dari Perancis. Orang Perancis ni kalo buat movie2 yg tema camni mmg agak sick gak ah. Kalo tak caya, try tgk Irreversible. Ada Monica Bellucci ngan Vincent Cassel. Ngan ada satu scene muka sorang mamat ni kena hentak ngan fire extinguisher sampai lumat! Ini suma membuatkan semangat aku berkobar-kobar nak tgk cita ni! Sick sangat ka cita ni?
Cita ni sebenarnya simple ja. Bermula dengan satu babak budak pompuan bernama Lucie yang dpt escape dari kena dera, lalu ditempatkan kat satu rumah anak yatim. Kat sana, dia pon knal ngan sorang lagi budak bernama Anna, dan trus kamceng. Anna ni kira setia gak aa berkawan ngan Lucie ni walopun budak ni agak mental ngan slalu dok cita dia kena kacau ngan satu ’sosok gaib’ ala2 Gollum. Tapi Gollum tu at least ada la gak pakai cawat, tapi yg ni versi pompuan telanjang bulat!

lucie
Pastu bila dua2 minah ni dah besar, derang pon berpakat nak cari org yg mendera Lucie ni dulu utk balas dendam. Dan balas dendam dia mmg agak dasat jugak ah mengikut standard aku, dan di sini aku salute minah Mylène Jampanoï yg membawa watak Lucie dgn begitu best skali. Tak ckp byk, masuk rumah org tu terus blast-off ngan shotgun, termasuk la ngan anak2 org tu skali! Walaupun demikian (cewahh skema plak BM aku), Anna ni mula was-was ngan member dia sorang ni. Btoi ka couple tua yg ada happy family ni yg dera Lucie dulu, ka Lucie ni saja2 buat cita? Lagipon minah ni tak abih2 dok ternampak ’si Gollum pompuan’ ni dok follow dia! Kementalan si Lucie nilah yg ignite 1st half cita ni dgn efek2 gore yg dasat, melibatkan toreh-menoreh menggunakan pisau lipat dan juga pisau dapur. Ngilu gak la tgk. Lpas ni kalo nk p gunting rambut kat mamak pon, mesti gabra ja tgk mamak tu toreh sideburn guna pisau….
Apa yg jadi kat Lucie ngan sapa sebenarnya sosok gaib tu korang kna tgk sendiri aa ek? Sbb pastu movie ni buat pusingan 180 darjah drpd movie shock-horror-suspense-watever kpd satu movie thriller yg ada falsafah la pulak! Dan kali ni, si Anna yg inesen tadi tak pasal2 jadi victim plak. Dari sinilah encik Pascal Laugier yg agak twisted ni cuba menghuraikan makna Martyrs. Martyrs ni kalo direct translationnya bermaksud ’syahid’ ataupun orang yang mati berjuang. Dan rupa-rupanya ada satu secret movement yg mmg saja2 tangkap orang pastu torture derang abis-abisan sbb nak cari makna Martyrs itu tadi. Siapakah yang layak digelar sbg seorang martyr atau syahid ni? Haaa, tgk suda!
Jadi bagi aku movie ni agak best gak la sbb pacing dia cun dan tak rasa boring, cuma mungkin rasa tak senang duduk skit la kot. Tahap disturbing dan gory dia pon tadak la sampai tahap korang rasa nak muntah pon, tp tatau la kan? Setakat ni movie yg aku tak bleh tgk sampai abis sbb terlampau disturbing pon Salo ja. Yg tu lagi la, scene makan taik, sodomy suma ckop. Mmg taleh blah ooo! Dan bagi aku, Martyrs ni kira sama kategori ngan Irreversible gak la. Dia tadak twist2 yg melampau sampai konpius, tapi tak jugak diisi dgn efek2 dan plotline yg terlalu cliche atau senang diagak mcm kebanyakan filem Hollywood zaman skang. Falsafah dia pon lagi deep daripada falsafah cita SAW (yg makin bangang dari sequel ke sequel) ataupon Hostel.
Jadi, aku bagi filem ni:

So, kpd sesapa yg rasa2 nak test mental durability ataupon korang rasa tertipu sbb asik tgk cita seram yg tak seram (mcm encik sanzblanco dgn cita The Last House on the Leftnya itu, heheh), give this movie a try. Tapi aku tak jamin la suma org bleh suka.
Trivia tambahan: Pascal Laugier dah dikonpemkan akan terlibat dalam reboot Hellraiser. Alaa, cita oldskul yg ada mamat kepala paku-paku tu! Dan satu lagi, Benoit Lestang, iaitu mamat yg design efek2 dan mekap2 yg gory dlm Martyrs ni bunuh diri tak lama lpas movie ni completed. Gila tak gila?
scumbaggins

#1 by sanzblanco at July 21st, 2009
ahh demm, the children pon aku tak tengok lagi, nak tengok martyrs plak! ahhh!!! pressure pressure!
#2 by muih at July 24th, 2009
wei ada dvd ka? mau pinjam kaa..kopi ka
#3 by scumbaggins at July 24th, 2009
aku pon dlod dari rapidshare ja sbb aku cari dvd x jumpa2. baik ko cari kat torrent sudaa…
#4 by buchik at July 24th, 2009
terima kasih atas review ni. aku ada gak baca kat imdb forum yg citer ni best. nak download dah tapi aku macam waswas. sekarang dah tak teragak2 lagi
btw aku dah tgk citer feast tu. hahah geli pon ada.
heroine no. 2!
#5 by jika teringat tentang dikau at July 27th, 2009
eh takde la plak ajis comment kat topic ni
#6 by sanzblanco at July 27th, 2009
berapa banyak nama kau nak pakai la be?
aku tlg komen utk ajis “wahahhahhahhahah terhiburnya aku.. tengs gais”
#7 by neppy at September 6th, 2009
jum bukak posa skali