The Last House on The Left


Weekend lepas, selepas gagal mendapatkan tiket ke show Transformers 2 : ROTF (aku dah tengok, and tengah nak tengok buat kali kedua), aku telah mengunjung sebuah kedai DVD cetak rompak di Kelana Jaya untuk mendapatkan movie-movie baru yang gagal ditonton di pawagam. Aku actually tak suka dan tak support DVD cetak rompak – aku prefer download dari internet ( takde orang lain kaut untung dari orang yang membikin movie-movie tersebut :p)

Salah satu movie yang aku dapatkan pada hari tersebut adalah Rumah Last kat Belah Kiri. (Hentam ja translation)

Poster

Poster

Sila teruskan membaca kalau anda tak kisah dengan unsur-unsur spoiler. Kalau kisah, sila pegi tengok di pawagam berdekatan anda sekarang. And kalau kisah pun, ada aku kisah?

Movie ni adalah salah satu genre kegemaran aku. Horror. Dan horror yang  jenis logik. Bukan hantu yang boleh membunuh dalam mimpi, bukan hantu yang tidak dijemput, atau hantu yang berdendam. Senang cerita bukan hantu.

The Last House on The Left ni jugak adalah remake dari satu movie yang telah dibuat pada tahun 1972 (juga mempunyai tajuk yang sama). Dan oleh kerana remake, so aku telah bersangka baik dan mempunyai expectation yang agak tinggi la kan. Mesti efek-efek yang digunakan akan lebih menjadi dan real dari version yang lama. And of course, ter-dapat tau pasal remake version ni pun time iklan dalam pawagam.

Trailer Original Version 1972.


Trailer Remake Version 2009.


Basically, cite ni lebih kurang macam ni la. Mainly pasal sorang pompuan ni, Mari (dilakonkan oleh Sara Paxton) yang bercuti di lakehouse keluarga dengan parents dia. Time bercuti ni, dia pon jumpa la member (Paige) yang memang duduk kat situ (rasanya). Tengah sembang-sembang tu, ada satu mamat (Justin) ni macam dok intai-intai dan in the end approach derang dua (Mari dan Paige). Sembang punya sembang (tadak la lama mana pon), si Justin ni ajak kedua-dua pompuan ni balik ke motel untuk hisap ganja.

Tengah syok hisap ganja sambil weng ni, sekali bapak Justin (Krug) dan konco-konconya balik. And kebetulan ada satu newspaper kat depan pintu motel yang semua orang (Mari, Paige ngan Justin) tak nampak bila derang masuk tadi. And kat newspaper tu ada gamba si Krug ni. (Krug ni convict yang baru je lari dari pihak berkuasa setelah dibantu oleh konco-konconya). Mesti korang bleh faham la apa jadi kan. Mesti la Mari and Paige ni dah jadi satu liablity kat derang. So, derang decide untuk kidnap dua-dua pompuan ni dan guna kereta Mari ni untuk get out of town.

Dipendekkan cerita, Mari cuba lari. Tapi gagal lepas kereta tu eksiden langgar pokok. Sebagai hukuman, si Krug ni suruh Justin (anak dia) become a man dan buat benda-benda tak senonoh kat Mari. Tapi si Justin ni pulak dah jadi mamat yang pendiam dan emo sebab takut dengan bapak dia. Time kena paksa-paksa tu, si Paige ni maki hamun Krug supaya kononnya Krug akan stop harass Mari la. Unfortunately, Krug ni adalah seorang sadistic criminal. Dan Krug pon tikam la si Paige ni and biar Paige bleed to death. Sementara Mari dok nangis-nangis tengok kawan dia nak mati, Krug rogol dia. (memang kejam abeh la).

Dipendekkan lagi ceritanya, Mari lari gak lepas bantai Krug dengan batu dan masuk ke tasik untuk merenangkan diri. (kalau melarikan diri dalam air macam pelik la kan) In the end, Mari ni kena tembak dari belakang kat bahu and penjahat-penjahat tadi tu terpaksa cari tempat berteduh dari rainstorm. And kebetulan, derang pegi ke the last house on the left tu (rumah parents Mari) .

So, cerita dia adalah macam mana parents Mari yang lepas tu dapat tau apa penjahat-penjahat ni dah buat kat anak derang, nak balas balik kat penjahat-penjahat ni.

Cukup sampai situ aku spoil.

Aku tergerak hati nak tengok movie ni pasal dari trailer macam kool dan ganas macam mana parents ni nak balas la kan. Tapi aku agak kecewa sebab-sebab berikut:-

1. Jalan cerita yang slow dan draggy

2. Scene-scene yang tak membantu dan as if sekadar memenuhkan/mencukupkan movie tersebut.

3. Babak yang ditonjolkan dalam trailer (usually the best part of the movie) iaitu macam mana stailnya proses pembalasan si parents actually tak panjang mana (tapi tak stail pon).

4. And tak kejam mana pon pembalasan yang terjadi. At least, bagi la gore dan sadistic balik. The bad guys dah bunuh member anak kau and rogol anak kau. Takkan la lepas cenggitu je. (Aku akan puas hati kalau derang buat macam dalam The Devil’s Reject ke Texas Chainsaw Massacre ke)

5. Takde motif yang memberi impak. Macam cerita bangang, When Stranger Calls. Ye la, tagline movie ni

“If bad people hurt someone you love, how far would you go to hurt them back?”

Tapi aku jawab on behalf of this movie, not very far. Asal boleh je dude.

Mungkin ketidakpuashatian aku disebabkan movie ni diremake dengan jalan cerita original yang version 1972. Ye la, time tu tak banyak movie-movie genre horror yang macam ni. Tapi sekarang ni sepatutnya buat la lagi gore/kejam/stail/ganas/horror.

Kesimpulannya aku bagi:

awesome
RATE : 1 MUKA AWESOME JE?!

Kalau korang jenis tak suka genre horror, penakut nak tengok cerita-cerita yang ganas, jenis tak boleh tido lepas tengok cerita-cerita seperti itu, sila la tengok cerita ini. Anda pasti tidur nyenyak sambil maki hamun diri sendiri kalau tengok cerita ni kat pawagam.

Link berkaitan : Official Site | Wiki | imdb

  • Share/Save/Bookmark

, , ,

  1. #1 by schult at July 7th, 2009

    okeh,xyah tengok :P

  2. #2 by sanzblanco at July 7th, 2009

    dari tengok cerita ni, baik tengok hannah montana the movie. kalau kat wayang la. :p

  3. #3 by scumbaggins at July 7th, 2009

    alamak, kalo camni kensel la peminjaman dvd tersebut. heheh.

    aku igt best sebab wes craven (director ori) yang jadi executive producer filem ni. apa la pakcik wes ni, nyanyuk dah kot?

  4. #4 by sanzblanco at July 8th, 2009

    mungkin best bagi ang kot. tu la. wes craven jadi producer and konon2 nak bagi plot sama dengan yg ori. tp aku kechiwa! even rape scene yg ori pon aku rasa lagi tragis. ahh aku perlukan keganasan!

  5. #5 by kusairi at July 8th, 2009

    ok spoiler cerita yang tak buleh nak bwk gaduh… sbb cerita dia dah mmg moderate ja, kalu angpa suka francise movie SAW, movie ni dah kira cam SAW versi softcore la… dia lebih kepada movie amik mood tidoq..

  6. #6 by sanzblanco at July 8th, 2009

    ahaha ekceli kalau baca synopsis kat wiki, mcm tu la ape yg aku tulis (lebih kurang) :p

    and yeh, aku setuju dengan apa encik kusairi ckp. bukan softcore biasa la, mmg sangat sangat super duper uber softcore.

(will not be published)
  1. No trackbacks yet.