Front of The Class


Aku baru je dapat tengok full movie ni petang tadi. Semalam dah tengok actually, tapi dapat tengok dari half sampai abeh je. Kalau korang nak tengok movie ni, sila la tengok2 kat ASTRO channel HBO (411).

Official Poster

Official Poster

Movie Front of The Class ni menceritakan tentang seorang manusia yang menghidap Tourette Syndrome (satu sindrom yang berkaitan dengan otak dan menyebabkan penghidap akan mengeluarkan bunyi-bunyi pelik serta twitching macam Parkinson). Mamat ni (Brad Cohen)  dah ada sindrom ni sejak umur 6 tahun dan masa awal-awal tu, even bapak dia pon tak boleh accept yang dia ada penyakit. Cikgu dia pon macam tu. Adults semua rasa yang dia ni just seeking extra attention pasal tak boleh cope dengan parents dia yang bercerai. Budak-budak lain kat sekolah tayah cakap la. Semua gelak dan kutuk-kutuk dia.

Time dia dah start middle school, first cikgu dia pon macam tu. Assume yang dia ni seorang class clown. Suka buat bunyi-bunyi pelik dalam kelas semata-mata nak disrupt kelas tu. So, on the first day of school lagi, Brad ni dah kena pegi jumpa pengetua. Watak pengetua ni pulak, macam sama dengan adults lain. And, pengetua ni mewajibkan dia hadir concert apa tah kat sekolah tu. Awal-awal, si Brad ni macam relunctant la kan. Ya la, kang orang dok main alat-alat muzik, pastu tiba-tiba ada bunyi-bunyi pelik. Memang disruptive abeh la kan. Tapi, dah pengetua suruh gak, maka dia pon hadir la. Memang apa yang dia harap tak jadi, terjadi. Time concert tu, memang keluar la bunyi-bunyi macam biasa. And untuk pengetahuan korang, sindrom ni akan menjadi-jadi bila nervous ataupon stress. So, si Brad yang memang nervous dan stress ni, tak berenti la berbunyi. Abeh ja concert tersebut, pengetua dia panggil naik stage dan tanya dia depan semua orang dalam dewan tu. And from there, orang-orang dalam dewan tu (pelajar dan cikgu-cikgu lain) semua mulai paham kenapa Brad ni berbunyi dan twitch mcm tu. Since that day, si Brad pon berasa accepted dan menanam cita-cita untuk menjadi seorang pendidik gak macam pengetua tersebut.

Cerita ni skip forward ke part dia dah dewasa dan mencari kerja sebagai seorang cikgu. Walaupon mempunyai resume yang sangat impressive dan rupa yang agak hensem (apa kaitan?!) , dia selalu kena rijek time interview sebab sindrom yang dialaminya. Paling tak boleh blah, bila ada satu pengetua ni cakap, “You can teach the fifth graders, if you stop making all these funny noises” . And untuk pengetahuan korang gak, kat sana (US) orang yang ada disability ada special rights untuk dapat pengecualian (macam tak perlu explain pasal disabilitynya, or mcm in this case, kalau amek test, boleh dapat tempat private).

salah satu babak

salah satu babak

Korang penah tak tengok cerita-cerita yang time korang tengok tu, korang akan berasa terharu dalam hati, air mata berlinangan/bergenang dan macam ada efek “Awwwwww” bila korang tengok scene atau cerita tu? Ha, ini adalah salah satu cerita yang mendatangkan efek-efek tersebut kepada aku.  (Contoh-contoh cerita lain : I Am Sam, Armageddon) Moral yang aku rasa aku boleh dapat dari cerita ni, adalah kita mesti sentiasa tabah mengharungi dugaan (cliche nyaaaaa :p ) dalam hidup. Jangan mengalah walau apa pun terjadi. Contohi la si Brad Cohen ni. Kalau korang tengok poster, 24 schools rejected him, 1 school gave him chance. And dari peluang tu, dia berjaya make a difference. (Kagum kan?) Oleh itu, aku bagi movie ni ;

awesomeawesomeawesomeawesomeawesome
RATE : 5 MUKA AWESOME !!


By the way, cerita ini adalah berdasarkan kisah benar. Sila klik di sini untuk membaca tentang Brad Cohen (yang sebenar).

Encik Brad Cohen sebenar

Encik Brad Cohen sebenar

Sila terharu dan berusaha setelah menonton. Kthxbai! :D

  • Share/Save/Bookmark

, , ,

  1. #1 by fridgemagnet at June 27th, 2009

    awwwwwwww….

  2. #2 by mr. Karate at June 28th, 2009

    Five muker awesome tuh bersamaan dengan beraper bintang? :D

  3. #3 by sanzblanco at June 28th, 2009

    fm : diam ah. :p
    mr karate : 5 bintang :) just tuka instead of bintang, pakai muka tu.

  4. #4 by schult at June 28th, 2009

    nak tengok!!! :D

    please watch Patch Adam! serius terharu juga. Takpun cite God’s Hand.

    oh oh..nak tengok kat mana ek? :)

  5. #6 by schult at June 29th, 2009

    HBO? hu hu

    *sambil mengesat air mata berjuraian* xkaye..tade astro..hoho

  6. #7 by scumbaggins at June 29th, 2009

    hoh….5 muka awesome.

  7. #8 by NATE at June 29th, 2009

    CRITA PA NIH? SYOK KA HAH!

(will not be published)
  1. No trackbacks yet.