The Children


Assalamualaikum (jawab la salam) dan selamat sejahtera!

Memandangkan dah lama tak buat film review, kali ni aku nak review filem The Children (2008) arahan Tom Shankland yg aku tonton baru2 ni.

hmmmm....

hmmmm....

Filem konon seram/thriller British ni mempunyai premis yg agak menarik bagi aku: 2 keluarga bercuti di kawasan pedalaman sempena Krismas, tapi dgn tak disangka2 suma budak2 tiba2 jadi mereng dan cuba sedaya upaya nak membunuh ibu dan bapak masing2. Cerita seram/thriller yg melibatkan budak2 slalunya best (mengikut pandangan aku la), mcm Children of the Corn, paling tidak pon Lord of the Flies……..tapi sayangnya cerita ni kurang dari segi daya kreativiti dan keseraman yg dijanjikan. Aku rasa dlm 10-15 minit pertama tu mmg seksa betul nak mengharungi adegan2 wajib dan cliche utk nak mengintroducekan watak2 dlm cerita ni, seperti adegan bergumbira di meja mkn dan berpelukan di antara ibu bapa dan anak2 (adegan peluk2 ni byk gila, sampai la ke penghujung filem). Dahlah sound pon mcm dubbing ja dlm 10-15 minit pertama ni.

Watak yg dipertanggungjawabkan menjadi heroin dlm filem ini ialah Casey, anak remaja sulung pasangan si emak rambut blonde dan bapak tiri pakai spek (aku tak igt sgt nama derang, sbb kebanyakannya mcm hampir sama; Paulie, Robbie, Nicky, Joey, Casey…..). Casey ni pon watak remaja yg cliche; antisosial, malas nak amik pot ngan hal2 family gathering ni suma dan dok membelek henpon ja kejanya. Tapi sifat2 ni akan hilang dgn ajaibnya bila budak2 yg cuuuuuute dan sweeeeeeeet tadi, termasuk la adik pompuan beliau, bertukar perangai kpd mode syaiton nirrojim.

Alkisahnya satu jangkitan misteri telah membuatkan budak2 ni menjadi ganas2 belaka, dan seterusnya penonton (dlm kes ni, aku la!) disumbatkan dgn scare tactics tahap puaka yg selalunya tak menjadi, confusing dan sekaligus potong stim, yg membuatkan aku pon rasa2 mcm dah nak naik hantu mcm budak2 dlm filem ni. Aku kira ada la dlm 2-3 saja adegan berdarah yg sedikit sebanyak membuatkan aku rasa mcm BERMINAT nak tgk cita ni sampai habih, yg melibatkan kecederaan/kematian ngeri org dewasa dan juga budak2. Tu pon aku rasa kena tunggu dlm 30-40 minit baru la nak kuar adegan2 ni. Aku nk cita lebih2 psl adegan2 ni pon tak bleh sbb mmg akan spoiler abis-abisan.

Selebihnya filem ni diisi dgn adegan2 paranoia yg tak menjadi, orang terjerit2 tak tentu hala, dan adegan WAJIB budak2 berdiri ramai2 dgn muka seposen. Senang ckp, cita ni tak menakutkan langsung atau tahap saspensnya tak sampai ke tahap yg sepatutnya. Baik buat filem direct-to-DVD ja.

ekspresi muka setelah menonton filem seram yg tak seram pon

Hasilnya:

rasa mcm nak bagi 1 bintang ja, tapi ada la jugak visual2 yg lawa serta efek2 yg menarik

rasa mcm nak bagi 1 bintang ja, tapi ada la jugak visual2 yg lawa serta efek2 yg boleh tahan



Korang tgk sendiri la trailer ni. Babak2 yg korang rasa cambest dlm trailer ni….haa tu la dia babak2 yg best dlm keseluruhan filem ni. Mmg mengecewakan. Senang cita, korang akan terhibur tgk filem ni kalo korang bleh rasa terhibur tgk filem2 seram/thriller Razak Mohaideen. Ataupon Ahmad Idham.

Chiowza!
scumbaggins

  • Share/Save/Bookmark

, , ,

  1. #1 by sanzblanco at June 23rd, 2009

    mungkin aku perlu pinjam dvd ini (kalau ada) dalam masa terdekat ini .. kthxbai

  2. #2 by scumbaggins at June 23rd, 2009

    kalo hg nak tau, penulis filem ni jugak yg buat cita The Cottage….cita lawak bangang yg hg pinjam aritu……..oknoprobchow

  3. #3 by sanzblanco at June 23rd, 2009

    ohh.. The Cottage. hahaha tp The Cottage tu lawak. adakah cita ni pon lawak jugak? pa lagey, turun la cyber ka dekat2 sini. bleh aku bagi buku kat ang

  4. #4 by dregenflai at June 30th, 2009

    wei pompuan2 dia nais pa..boh pi la lagi satu bintang..

  5. #5 by scumbaggins at July 1st, 2009

    hg ni janji ada pompuan blonde yg dah ada anak suma nais!

    pompuan nais tak mengubah kualiti jln cita! lain la kalo aku review filem porn. ahahah

(will not be published)
  1. No trackbacks yet.