Assalamualaikum…. dan selamat sejahtera!

posisi superman merangkul tangga. sesuai diamalkan oleh mereka yg menghidap kencing berdarah ataupon selsema kura2
Tidur antara aktiviti harian yg best. Tetapi boleh juga berlaku ketakbestan di kala anda tgh tidur. Antaranya ialah:
1- Tgh syok2 layan mimpi, dan secara tak disangka-sangka anda rasa macam jatuh dari tempat tinggi atau terjunam masuk gaung. Inilah situasi yg paling tak best yg boleh berlaku kpd anda semasa tgh tidur/mimpi. Terkejut macam kena renjatan elektrik pon ada. Tapi menurut kata para saintis dan kajian yg dilakukan, ini yg sebenarnya berlaku:
Apabila anda tidur atau tertidur, otot2 anda akan relaks dan boleh dikatakan anda telah ‘lumpuh seketika’ (temporary paralysis). Semasa tubuh anda sedang melalui proses ini, otak anda mungkin akan menganggap bahawa anda sedang jatuh dan secara automatik akan menghantar signal kepada otot2 anda supaya bergerak. Sebab tu yg otot menyentap secara tiba2 dan korang pon terjaga lalu mengucap panjang sbb ingat dah btul2 masuk gaung tadi. Fenomena ini dikenali sebagai Hypnagogic Myoclonic Twitch atau secara mudahnya, Hypnic Jerk. Dalam BM, aku tatau la plak. Sentapan Terjaga Dari Lena kot. Heh.
2- Jadi anda pon sambung tidur……lalu bermimpi lagi…dan tiba2…terasa macam ada benda berat yg menindih badan anda! Gila panik! Apa pulak dah kali ni? Nak bangun takleh, nak menjerit pon tak keluar suara. Selalu seblom fenomena ni berlaku, akan terdengar satu bunyi bingit high pitch dalam kepala anda. Kalo ikut kata org tua2, kejadian ni berpunca apabila kena tindih ngan makhluk halus yg saja2 takde keja dan nak menyakat. Ataupon sbb anda tido tak basuh kaki. Tapi mengikut pandangan saintis pulak:
Apabila anda tidur, anda akan memasuki satu fasa iaitu fasa REM (rapid eye movement) iaitu mata anda bergerak2 secara laju. (Kalo tak caya, try gi tgk dekat2 mata org yg spesis tidur mata terbukak ataupon tidur mati. Anda akan perasan mata derang akan bergerak2 ke kiri atau kanan. Itu maknanya derang tgh dok layan mimpi baik punya. Mungkin mimpi kena kejar keldai ataupon ahlong). Dan tgh dok terlena dibuai mimpi, tiba2 mungkin otak anda akan ‘tersedar’ dari fasa REM ni, walhal badan anda masih ‘lena’. Dlm erti kata lain, badan dan otak anda tak synchronize. Inilah yg dinamakan Sleep Paralysis ataupon Lumpuh dalam Tidur (?). Ia boleh berlarutan selama beberapa saat atau minit sebelum anda bleh btul2 ‘terbangun’. Perasaan kena tindih, ternampak bayangan atau ’sosok gaib’ tu adalah lanjutan dari mimpi atau imaginasi anda. Fenomena ini berlaku secara kerap kpd 6% drpd keseluruhan populasi di dunia. Aku rasa aku tergolong dlm 6% tu la.
Serius cakap, fenomena ni mmg mencuakkan, sbb kadang2 rasanya mcm ajal dah sampai. Menjerit, bertakbir, mengucap, nak baca al-Fatihah atau ayat Kursi tapi yg keluar hanya alif ba ta, suma ada. Kalo kejadian ni tak pnah jadi kat anda sekalian, bersyukurlah! Dan kalo pnah terjadi, kalo anda tak rasa insaf gak tatau la. Fenomena ni bg aku mcm simulation sakaratul maut. Rasa takut, gerun dan konpius tentang apa yg sedang berlaku. Cuma nasib baiknya tak rasa sakit mcm sakaratul maut yg betul2 je kot.
3- Tapi disebabkan anda mmg spesis penidur tahap hardcore, ataupon buta perut tak rasa mcm nak bertobat selepas mengalami fenomena tadi…..anda pon sambung tidur, walhal dah subuh dah pon. “Rilek laa! Masuk keja kol 9!” getus hati anda…..dan terus terlelap sampai pkol 8.45! Masa utk bangun!
Anda pon bangun, mandi, bersiap sedia ke tempat keja, sarapan, masuk ofis, lalu….
anda tersedar bahawa anda masih dok terlentang atas katil lagi! Mimpi pegi ofis atau melakukan perkara2 yg sepatutnya anda buat lpas bgn tidur ditafsirkan oleh Sigmund Freud sbg dream of convenience. Menurut beliau dream of convenience ni memenuhi 2 perkara atau elemen penting sesebuah mimpi itu, iaitu ‘wish fulfillment‘ (memenuhi niat atau kehendak) dan juga ‘sleep preservation‘ (trus tidur). Makna kata, anda ingin melunaskan niat anda tersebut (pegi keja, pegi sekolah, etc.) tapi pada masa yg sama anda juga ingin menjaga kualiti tidur anda, iaitu tidur tak igt dunia….
Bagi yg beragama Islam, yg afdalnya sebelum tido ialah amik wuduk dan baca doa tidur yg diamalkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu:
Bismika allahumma ahyaa wa amuut
(Dgn namaMu ya Allah, hidup dan matiku)
Sekian!
scumbaggins

#1 by sanzblanco at June 15th, 2009
fenomena 1 dan 3 aku penah kena. 2 tu rasanya tadak lagi kot. ustaz aku pernah pesan, tidur mengiring boleh mengelak kejadian tersebut.
fenomena 1 – mmg selalu jadi aa.. tgh mimpi2, tiba jatuh longkang/lubang/gaung.. kaki tersentap dan terus terbangun.
fenomena 3 – time sekolah selalu jadi. aku mcm pernah baca yang ni sebab kita tidoq tak puas lagi, tp by hook or by crook, kena bangun jugak (ke sekolah)
majulah tido untuk negara! (dem, aksi tidoq superman merangkul tangga sungguh lawak!)
#2 by fridgemagnet at June 15th, 2009
ooo..dats explain a lot…
yer selalu juga terkena fenomena 1 dan 3.. mujur 2 tak kene .. nauzubillah..
(aahaahhahaha..sgt lawak pic itu!)
#3 by krushygroove at June 17th, 2009
rare la pic ni! posisi superman pulak tu. teringat pulak aku dkt satu video nih dalam youtube. huhuhuhu.
ini adalah satu penerangan yang tangible. jelas dan clear. aku pon pernah mengalami fenomena 1dan 3 semasa zaman skolah menengah dahulu. fenomena yang 2 tu, aku musykil skit la. ni aku nak share pengalaman aku yang mungkin ada biasa mengalaminya jugak.
fenomena 1 : mimpi terjatuh dari bangunan, mimpi termasuk dalam gaung pon pernah jugak, mimpi tgh melakukan aksi skydiving tetapi payung terjun tak sempat terbuka pon lalu dalam beberapa sentimeter lagi nak menyembah bumi, terus tersentap mcm kena electrocute (mimpi ni paling menyentapkan, sampai terjerit,” Allah mak!”). Cuak
fenomena 3: pernah kena jugak masa tertido dalam kelas.. sebab semalam dok berjaga sampai ke pagi sebab nk menonton perlawanan bolasepak yang secara langsung di tv. tau tau ja di atas buku latihan, ada peta geografi yang basah2 lg, terus terjaga secara tersentap. lps tu kena marah dgn cikgu
haih~ bola .. bola..
fenomena 2 tu pulak… belum pernah kena lagi la sampai tahap ditindih makhluk asing. bagi sesapa yang ditindih sampai tahap ternampak bayangan @ sosok2 ghaib dsb. mungkin sebab nafsu tido tu menguasai diri secara tak dapat dikontrol kot. baloq liat nk bangun, lps tu ada je alasan2
Lagi satu, pernah tak korang mengalami tersentap dari tido, sebab kekejangan otot @ muscle cramp? mungkin sebab lps bersukan, tak cooldown dengan betul kot.
tido tu satu nikmat jugak yg dikurniakan oleh Tuhan jugak kan? apa-apa pon, thanks for the informative explaination dari segi petua dan scientific.!
#4 by Rashid at June 17th, 2009
Penah gak skali aku kene tindih, gara-gara tengah buat eksperimen pasal dunia paranormal. Maser tuh aku ader terbaca dalam buku macam mana nak dapat out-of-body experience, so aku buat lah cara yang dier cakap tuh. Tak pepasal plak kene tindih. Sejak hari tuh ader la skali duer dimaner aku bangun tapi badan raser cam tak leh nak gerak, tapi takder lah se-ekstreme sangat, dimana sampai raser susah nak nafas.
Walopon aku dah lama tau yang fenoma tuh adalah biasa sajer, tak brani lagi aku ulang eksperimen tuh.
#5 by scumbaggins at June 17th, 2009
hmmm rata2 korang tak pnah mengalami fenomena no. 2 ek? kecuali si rashid. tu pon sbb dia sendiri cari penyakit, haha!
aku bleh dikatakan sebulan, 2 bulan sekali la kena sleep paralysis nih. mmg sgt x best…
#6 by DownBeatStomp at June 17th, 2009
dulu time2 aku masa kat University, slalu gak kene, esp masa kat hostel fenomena no2 tu. slalu nya aku akan lawan balik utk gerakan tubuh badan aku dgn focusing pada satu part kat badan aku utk digerakan. slalunya masa cubaan utk mengerakan tubuh tu aku akan mengalami keadaan nafas terputus mmg sakit. tp lepas tu aku da dpt kluar dari sleep paralysis tu.
#7 by muih at June 22nd, 2009
1 2 3 aku pnah kene..zzz..nampak no suka tido…haha..no 3 tu aku rasa paling sial..tetido dlm klass mase mengantuk salin note..skali..sadar2..rase tulis dah..rupenye blom ..cisss pnat je dok tulis dlm mimpi..zzz
#8 by buchik at June 25th, 2009
Artikel menarik. Tiga2 tu aku penah kena tapi yg paling kerap, no. 2. Masa kat hostel dulu teruk gak la. Hari2 kena sampai aku fedap. Slalu kalau kena aku estimate dalam 10-30 saat je. Ni kalau kat hostel. Kalau kat rumah plak duration nye lagi lama. Taktau apsal..mungkin faktor persekitaran kot. Tapi ada skali ni, aku tgh tido kat rumah, mmg kena kaw2 punya(gabungan no. 2 dan no. 3) Lama gila kena tindih. Pastu aku nampak satu makhluk kat penjuru siling tgh chill. Aku pun berusaha utk bangun, dan tak lama pastu aku berjaya dan terus pegi ke pintu utk chow dari bilik tu. Tiba2 aku macam tersedar, rupa2nya aku masih lagi terbaring kat katil, dan benda tu still ada kat siling bilik aku. Terpaksela aku ulang balik proses tadi (caranya lebih kurang DownBeatStomp punya teknik) disertakan ngan selawat, surah alfatihah, ape2 la yg terlintas kat kepala. Berjaya! Lepas aku make sure yg aku betul2 dah bangun, aku kluar dari bilik ngan perasaan agak pissed off sebab slalu pas benda ni jadi aku akan rasa penat gila.
Aku penah baca fenomena SP ni kat internet. Skang dah jarang kena, kalau kena pun aku still baca ayat2 yg aku ingat pastu aku sambung tido balik.
Dah alang2 cakap pasal tido ni, aku penah tgk video2 orang tido mata terbukak kat youtube. Komen2 drg agak klaka sbb aku taktau org lain boleh freak out gila tgk orang tido camtu. Aku ngan beberapa family members lain tergolong dalam kategori tido mata terbukak ni. Kawan aku mmg takut tgk aku tido. Dia cakap macam hantu. Hahahaha…
Pasni buat la artikel pasal fenomena sleepwalking ngan night terrors.
Oprah penah cover pasal dua benda ni tapi kes2 mengigau drg mmg extreme. Kes ngigau yg tiba2 bangun pastu teros tumbuk orang yg tido seblah dia.
Alamak. Tl;dr la plak.
)))))
#9 by scumbaggins at June 25th, 2009
gila laa! siap ternampak sosok gaib! wow!
haha kalo kes org ngigau mmg byk dah….dlu ada cita member aku bgn2, tiba2 ckp TUTUP SUIS BESAR, padahal tadak suis apa pon…
#10 by DownBeatStomp at June 29th, 2009
hahaha slalu nyer mengikut kajian sains. apabila kes no2 tu berlaku kita akan berhalusinasi. aku ade terbaca di wikipedia pasal bende tu, aku rase tuan penulis article ni tau.
#11 by NATE at June 29th, 2009
KESIAN DIA DOK TIDO MERATA, STAI SUPERMAN TUIH.. STAIYANO!!!!!!!!!!!!!!