KomPen: Jangan Panggil Mereka…


Assalamualaikum…. dan selamat sejahtera!

Kali ni aku nak update skit dgn satu ruangan baru yg aku gelar KomPen, iaitu singkatan drpd Komik Pendek. Ideanya ialah aku buat comic strip bagi korang baca. Kekerapan ruangan ni ikut suka ati aku, wahahaha! Kalo aku rajin, aku buat…kalo tidak, pikir2 la sendiri…

Apa2 hal, let’s go stret tu de poin…

Baru2 ni aku terbaca satu berita yg agak menarik:

Pakar psikiatari syor henti guna gelaran ‘Mat Rempit’

Dan kalo link tu dah defunct, atau korang mmg malas nak klik, ni ada sedutan dari artikel tersebut:

Mohamad Hussain, yang menerajui Jabatan Psikiatri Universiti Malaya, berkata sebenarnya, remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram ingin mencari perhatian dan label ‘Mat Rempit’ yang diberi kepada mereka akan menjadikan mereka lebih seronok dan menganggapnya sebagai lesen atau pengiktirafan oleh masyarakat terhadap kegiatan mereka.

BUT OF COURSE!! Apsal la kita tak terpikir dari dulu lagi??!! Kalo kita tak panggil derang dgn nama tu, mesti la derang akan berasa terhina, hilang keyakinan diri dan trus insaf~! YESS! Inilah dia jawapannya! Reverse psychology! So, lpas ni kalo terserempak dgn derang, kita nk panggil derang apa aa?

tak sempat mengucap cucu dia...

tak sempat mengucap cucu dia...

Itu baru Mat Rem– oops! (takleh sebut). Kalo peragut, perompak, pencuri, perogol…dan seribu satu macam spesis jahanam lagi, kita nk panggil apa plak? Belia wawasan 2020?

UPDATE _____________________________________________________

KUALA LUMPUR: Polis mahu istilah mat rempit ditukar kepada samseng jalanan dan akan mencadangkan supaya kesalahan itu dikenakan hukuman lebih berat, termasuk penjara mandatori.

Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata gelaran samseng jalanan lebih sesuai digunakan kerana tindakan dan kelakuan ganas golongan itu boleh mengancam nyawa orang lain.

“Saya menyeru semua pihak termasuk media supaya tidak lagi menggunakan istilah mat rempit kerana ia seolah-olah menunjukkan mereka itu jaguh di jalan raya,” katanya pada sidang akhbar di Dataran Merdeka di sini, semalam.

Panggil la mnatang apa pon, rasa2 derang dok merempit camtu la gak…

Pemerapu,
scumbaggins

  • Share/Save/Bookmark

, , , ,

  1. #1 by mrkarate at May 21st, 2009

    panggil mereka samseng jalanan

  2. #2 by scumbaggins at May 21st, 2009

    hahah tu la. elok2 je aku buat kartun ni trus derang boh nama tu plak…demit!

  3. #3 by noxus at May 22nd, 2009

    baik panggil derang mat cirit je!

  4. #4 by iman at May 22nd, 2009

    panggei depa mat zuki.(bapak pisang)

  5. #5 by iman at May 22nd, 2009

    ataupun khir(bapak sani)

  6. #6 by muih at June 2nd, 2009

    nenek buat tombstone memang tebaek

(will not be published)
  1. No trackbacks yet.