Assalamualaikum! dan selamat sejahtera….
Movie review kembali lagi, dan kali ni aku bagi special skit. Filem yg aku pilih kali ni ialah Aparichit. Yeahhh! Cita Hindustan bebeh! Well, secara teknikalnya ni cita Tamil, tapi dah dialihbahasa kpd versi Hindi. Demam apa plak aku ni tgk filem sebegini rupa? Baca suda!

Aku terserempak ngan filem ni di suatu petang Sabtu yg membosankan (sebenarnya suma petang2 mmg bosan, tak kira la hari apa pon). Masa aku dok kalih2 channel…sampailah ke Channel 108, ada imej yg agak menarik ditayangkan di kaca tv. Imej ni agak unik, so aku cuba terangkan secara teknikal dan mudah supaya korang tak konpius. Imej ni kononnya dari first person view, alaa yg macam game CS tu, tapi yg bestnya ada rambut berjurai2 kat depan. So, korang bayangkan main CS dgn field of view yg dihalang oleh rambut korang sendiri….Paham dak ni? Hadehhh. Senang cita kat bawah ni ada sedutan dari filem tu sendiri, yg sekaligus mengeksplenkan fenomena yg merapu tahap puaka ni.
Cuba korang tgk kat 0:28 sampai 0:33. Itulah lebih kurang imej yg aku terserempak di satu ptg Sabtu yg membosankan di Channel 108 Astro (Zee Tv). Menarik bukan? Part yg aku tgk tu aku rasa kira2 dlm 20 minit lpas filem ni start. Masa tu mamat saiko rambut panjang ni nak bunuh org. Dia bunuh org pakai kerbau. Aku tak tipu wei. Dia pakai kerbau! Staiiiill woo~
Sebenarnya aku rasa aku pnah tgk filem ni, tapi versi original aka Tamil. Tapi ingat2 lupa. Anyway, filem ni mengisahkan psl seorang mamat lurus bendul bernama Ambi. Dia ni btul2 hidup ikut peraturan dan JUJUR nak mampus. Alkisahnya beliau ni tak puas ati dgn keadaan sekeliling yg penuh dgn manusia2 korup, tamak dan pentingkan diri sendiri. Dan setiap kali beliau cuba nak menegur dan memperbetulkan salahlaku2 ni, beliau kena terajang, abis koman pon kena gelak. Kononnya konflik diri ni la yg mengeluarkan satu lagi karakter dlm diri beliau iaitu si Aparichit! Si saiko rambut panjang tadi. Aparichit ni kiranya antitesis Ambi la, tadak perasaan belas kasihan langsung dlm menghukum manusia2 korup yg terajang/gelakkan si Ambi tadi.
Jadi, setelah bunuh org yg ‘pentingkan diri sendiri’ dgn kerbau tadi, kali ni si Aparichit ni bunuh lagi sorang dgn cara yg unik lagi merapu yg over the top. Mamat ni plak kena bunuh sbb dia ‘menyediakan makanan tidak berkualiti di dalam perkhidmatan keretapi India’. Btoi ni aku tak tipu! Kesudahannya, mamat ni kena goreng dalam kawah. Siap salut tepung lagi! Wahahahaha!
Dari insiden ni, cerita ni trus build-up ke tahap yg agak merapu tapi menarik jugak bagi aku. Mamat yg kena goreng tu rupanya abang kpd inspektor polis (aku lupa nama dia) yg menyiasat kes2 bunuh yg misteri lagi merapu ni. Sidekick inspektor ni iaitu Chari ialah watak stereotaip filem Tamil utk comic relief aka buat lawak2 bangang di dlm situasi getir. Si Chari ni plak ialah member Ambi. Konpius? Peduli hapa aku. Dah nama pon filem Tamil!
Satu babak yg menampilkan kejujuran tahap tertinggi si Ambi ni ialah masa beliau cuba mengorat jiran beliau iaitu Nandini. Si Chari tadi sebenarnya tgh push mamat lurus bendul ni utk meluahkan perasaan kat jiran beliau yg agak cun jugak dlm stended filem Tamil. Jadi, si Ambi ni pon tulis la surat cinta, tapi yg terbaiknya…..dia bagi kat mak bapak si Nandini soh baca. HEBAT GILA! Nak mengorat mintak izin kat mak bapak awek tu dulu! Itu blum baca lagi isi surat tu. Siap ada lampiran sijil, ijazah ngan penyata kewangan, kot2 si Nandini ni tak yakin dgn beliau! HAHAHAHA! Cool wehh! Sudahnya, awek tu rijek beliau jugak sbb tak ada perasaan cinta kat beliau.

R-E-M-O!
Sbb tak bleh cope dgn rejection, mamat ni terjun sungai! Tuuudia! Tapi ada twist! Instead of mampos tenggelam, satu lagi watak keluar dari jiwa beliau. R-E-M-O! …Remo-remo! (baca dlm nada berlagu). Remo ni ialah ‘walk-ramp model‘…aku pon tak paham dgn definisi tu, tapi kononnya beliau ialah seorang supermodel yg kool abis. Nandini ni trus jatuh cinta setelah digoda dgn berbagai taktik2 dasat tahap dewa oleh Remo ni, antaranya ialah dgn hantar bunga2 penuh satu rumah, siap dgn sangkar burung berbentuk perkataan ‘REMO’….dan suma ini berlaku tanpa pengetahuan si Ambi. Beliau tatau pon dlm badan beliau ada lagi 2 watak yg saiko, celaka dan merapu.
Serius ckp, walopun filem ni agak haram zade dari segi jln cerita, tapi kemerapuannya membuatkan aku terus menonton. Lagipon mungkin sbb aku bosan kot. Part yg best ialah masa si Aparichit ni nak menghukum Nandini, sbb Nandini ni telah berdosa ‘menipu kerajaan dlm urusan jual beli tanah’ watever. Berlaku adegan kejar-mengejar di jalanraya, sampai la ke sebuah pusat latihan karate, di mana adegan gasak menggasak akan berlaku…. Ahh malas dah aku nak menaip, tah korang baca ke idak. Tgk sendiri la sedutan dari Youtube nih. (9 minit lebih, tapi serius weh…agak berbaloi kalo korang nak tgk fight scene ala2 The Matrix versi Tamil, haha. Dia sorang lawan dgn SATU PUSAT KARATE tu skali).
Sebenarnya aku tak tgk keseluruhan filem ni (aku skip time nyanyi/menari) dan tak tgk sampai abih pon. Aku tgk sampai ke tahap ’sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga’, iaitu beliau kantoi dan kena tangkap dgn inspektor polis yg aku lupa namanya tadi. Babak ni pon menarik dan trus mengikut tempo kemerapuan yg ditetapkan director filem ni. Quote yg aku takleh lupa masa inspektor ni bertumbuk dgn Ambi/Aparichit:
“Aku penah tgk kehebatan Amitabh Bachhan, Amir Khan, Kamal Haasan berlakon. Tapi aku tak penah tgk lakonan yg sehebat kau!”
Overall, bagi aku filem ni cuba nak ‘bersyarah’ kpd rakyat India tentang keburukan korupsi, salahguna kuasa, etc. dgn cara watak Aparichit ni menghukum pesalah2 tersebut. Konon nak bagi insaf la. Mcm yg si Aparichit ni ckp masa nak goreng abang inspektor polis tadi:
Aparichit: Kalo seorang curi lima sen? (sambil melumur tepung kaler merah kat badan mamat tu)
Akan Digoreng: Tiada apa2 yg salah pon?! (cuak)
Aparichit: Kalo setiap lima juta orang curi lima sen? (dah nak abis lumur)
Akan Digoreng: Agak teruk juga….WAAAARGHH! (kena lambung masuk kawah)
Senang cita, filem ni mmg over the top, sesuai dgn filem2 Tamil lain yg aku pnah tonton. Nak kata teruk, pon tak jugak, sbb agak menghiburkan dan klaka berbanding dgn filem2 Razak Mohaideen (director filem Tamil sesat di Malaysia). Lakonan derang pon bleh tahan jugak. Jadi, aku bagi rating:

(utk menerangkan sistem rating aku, sila rujuk di bhgn terakhir post aku ni)
Haram…panjang plak post aku kali ni. Tahniah kpd yg baca sampai abih! Kalo korang teringin nak tgk filem ni, try la chek listing Channel 108, takpon beli DVD! Wahahaha! (BTW, kalo versi Tamil, tajuk filem ni ialah Anniyan)
Chiowww sudaaa~
scumbaggins

#1 by fridgemagnet at May 15th, 2009
ahahahha.. memang boring tahap gaban tol..
#2 by Azim Wan at May 15th, 2009
cam citer me, myself and irene pun ada sket…haha
#3 by krlMzz at May 18th, 2009
staiyano cite nih..ala2 doom (1st person view) + matrik..rating kasik 10/10 aa
#4 by pedot at May 18th, 2009
Hahahaha ni lah review terbak penah aku baca seumur idup.ko lagi power dari roger ebert ngan peter travers hahaha.terhibur aku
)
#5 by pedot at May 18th, 2009
P/S: first person view tu gempak doh.hollywood pon tak penah buat lekat rambut kat camera wahaha
#6 by buchik at May 19th, 2009
hahahah! baca title movie pun dah tergelak. extreme betul goreng orang dalam kawah.
#7 by noxus at May 19th, 2009
YES aku sgt setuju dgn pedot. ko mmg best kalo buat review filem. aku rase penah story kat aku dulu pasal filem ni. Bila ko mention pasal rambut letak depan camera trus aku teringat dan LOL.
#8 by scumbaggins at May 19th, 2009
haha trimas kerana sudi membaca dan bagi feedback wahai rakan2 sekalian….
insyaallah aku buat lagi film review di masa akan dtg
R – E – M – O!!
#9 by iman at May 19th, 2009
r-e-m-o tu kononnya romeo ar kot?
#10 by scumbaggins at May 19th, 2009
haha tah la… tapi lagu tema dia stail gila. HAH HAH HAA HAA HAA ~ REMO-remo
shit! lagu tu melekat lam kepala aku
#11 by klaus at May 20th, 2009
haa baru aku tau nape mamat tu keja/nk bunuh awek tu, dulu kt mamak tunjuk sedutan dia lawan2 ja. mmg stail