Don’t Judge a Book by its Cover…


gambar sekadar hiasan. diharap encik bob ni tidak dtg bercuti di malaysia.

gambar sekadar hiasan. diharap encik bob ni tidak dtg bercuti di malaysia.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Pada suatu petang, encik sanzblanco memberi aku satu link yg agak menarik utk dibaca. Pasal seorang pompuan bernama ‘kareer girl’ meluahkan ketidakpuasan ati beliau terhadap kebiadapan lelaki melayu. Menurut beliau, lelaki melayu ni pandang pompuan yg cantik2 saja, yg muka ‘biasa2′ (dia tak kata huduh) cam beliau ni tadak yg pandang pon. Setakat ni, tadak seorang lelaki pon yg perasan ataupon ‘amik pot’ pasal kewujudan beliau di muka bumi ini. Termasuk jugak golongan lelaki alim. Sama saja sumanya, tambah beliau lagi. Kalo yg cun tu, suma pakat2 nak rapat, kalo yg muka ‘biasa2′ suma buat tak endah. Lawak jugak bagi aku, sbb dia menyalahkan lelaki melayu 100% di atas a series of unfortunate events di dlm hidup beliau itu.

Jadi…..


Aku sebagai seorang hamba Allah yg dilahirkan dlm kelompok bangsa melayu dan berjantina lelaki tulen (kromosom XY), aku mengaku yg aku suka tgk pompuan2 yg cun. Kulit putih, badan ramping, rambut ikal mayang (kalo bertudung, lagi afdal kata org), dan muka yg sedap mata memanggang memandang. Sebabnya? Suma manusia, lelaki dan perempuan, mmg dah ada sifat built-in utk memilih benda2 cantik. Nak buat camana? Fitrah manusia. Jadi, mmg kesian la sesapa yg dilahirkan dgn gigi jongang, lubang hidung mcm turbin enjin Boeing 787, gemuk obes, kurus kedengkiang atau mata sepet ka hapa. Sebabnya diorang ni akan hidup dlm trauma memandangkan ciri2 fizikal mereka dibuat bahan jenaka. Jadi, aku mintak maaf, mujhe maaf kardho kalo description2 aku tadi terkena batang hidung korang. Kalo sekali pandang, aku pon lebih kurang mcm manusia zaman Neolitik ja. Jadi, terima sajalah pemberian Allah swt.

Baik, mari kita review balik tajuk utama post ini. Don’t judge a book by its cover. Jangan menilai buku berdasarkan kulit semata2. Atau ada jugak aku penah dgr, Don’t look at the pot, check the contents. Dan all that glitters is not gold. Ideanya ialah kualiti isiperut sesuatu benda itu belum tentu sama dgn kualiti kulit atau penampilan luarannya. Dalam konteks melayu/malaysia plak, jgn pandang sebelah mata ialah yg terdekat dari segi maknanya dgn pepatah2 inggeris tadi. Jadi, aku nk mengulas perkaitan Don’t judge a book by its cover dgn fitrah semulajadi manusia.

Mengikut satu kajian, setiap buku atau majalah dlm kedai buku mempunyai kira-kira 1.5 saat utk menarik perhatian pembeli di dlm jarak lebih kurang 2 meter. Jadi, design kulit buku mestilah kena hebat kalo takmo ketinggalan di blakang pesaing korang, btul? Jadi, kalo suma publisher berpegang kepada Don’t judge a book by its cover, mmg baik tak payah meniaga la camtu. Pepatah tu hanya dipegang oleh PENGGUNA sahaja. Suma publisher bertungkus-lumus buat design cover yg segempak abih utk menarik pembeli, tetapi lawa atau tidak masih bergantung kpd taste pembeli tersebut.

Jadi, katakanlah korang berada dlm radius 2 meter dari rak2 buku di sekeliling korang, di mana rak2 buku ini memperkenalkan pelbagai karya oleh penulis2 baru. So, korang tatau kualiti penulisan derang. Apa yg membuatkan korang tertarik nak mengambil mana2 buku dari rak2 tersebut? (melainkan korang ada x-ray vision, ataupun ada bela jin yg bagitau korang mana satu buku yg best) Aku jamin, pertama skali sbb cover, kedua mungkin suara hati kot. Sebab, dari cover yg cantik atau uniklah yg membuatkan korang teringin nak membelek produk tersebut; check sinopsis, harga, etc. Btoi ak? Baik mengaku.

OK, itu baru pasal buku, ni nak masuk bab manusia plak. Di sini aku nak cerita pasal satu kajian yg aku baca dlm buku How Would You Move Mount Fuji? oleh William Poundstone. Alkisahnya ada 2 orang ahli psikologi dari Harvard, Nalini Ambady dan Robert Rosenthal yg nak test hipotesis bahawa perbuatan bukan lisan (gerak badan dan tangan, mimik muka dsb.) seseorang guru/pensyarah membuatkan proses pengajaran menjadi lebih efektif. Jadi cik Ambady tadi ni pon rakam video (tanpa bunyi) yg menunjukkan beberapa org pensyarah universiti Harvard sedang mengajar, dan video2 tadi kemudian ditayang kpd sekumpulan orang yg tak kenal pensyarah2 tersebut yg akan bagi rating terhadap keberkesanan teknik mengajar mereka. Video2 tadi pulak ada 3 versi; 10 saat, 5 saat dan 2 saat, dan setiap versi ditayang kpd kumpulan2 yg berlainan. Jadi senang cerita, katalah cik Ambady tadi merakam Encik John ka hapa namanya tgh dok mengajar, video tadi akan dipotong menjadi 10 saat dan ditayang kpd kumpulan A, kemudian dipotong lagi kepada 5 saat dan ditayang kpd kumpulan B, dan seterusnya.

Hasilnya, tak kira la 10 saat atau 2 saat sekalipun, kumpulan2 yg berlainan ni bagi rating yg hampir sama (selepas ditolak dgn statistical errors) terhadap seseorang pensyarah tadi. Maknanya, kalo kumpulan A bagi rating ‘bosan’ kpd Encik John tadi, kumpulan2 lain bagi rating yg sama ataupon nak dekat2 sama. Utk mengukuhkan kajian beliau lagi, cik Ambady tadi sroh plak pelajar2 ‘Encik John’ tadi bagi rating terhadap pensyarah mereka setelah belajar selama satu semester di dlm kelas beliau. Satu semester, mestilah bebudak tu bleh kenal pensyarah derang, dibandingkan dgn 2 saat. Hasilnya? Of kos la rating pelajar2 tadi sama jugak dgn rating yg dibuat oleh kumpulan2 complete strangers tadi!

Ya, walopun kajian ni sebenarnya memfokus kpd keberkesanan teknik mengajar, tetapi cara derang dpt data tu yg penting. Dan sekaligus membawa kita kpd moral cerita ini, iaitu….. dalam masa 2 saat saja, org yang korang tak penah jumpa pon seblom ni, dah bleh judge personaliti korang. Dan judgement derang bersandarkan kepada faktor LUARAN semata2. Sbb tu apabila kita  berhadapan dgn situasi di mana kita akan terserempak dgn org yg kita tak kenal, contohnya masa bershopping, lepak2 ataupon masa job interview, dlm masa beberapa saat ja kita akan buat assumption psl perangai seseorang berdasarkan apa yg kita nampak. Cara berpakaian, ekspresi muka, sifat2 fizikal dll. Inilah yg dinamakan first impression.

Jadi, pusing2 kot mana pon, sama jugak. Manusia menilai dari luaran dahulu, sbb dari sifat2 luaran yg ditampilkan, baru derang berminat untuk mengetahui dalamannya pulak. Tak gitu? Jadi, tak payah la kita menyalahkan org lain yg tak nampak ‘keindahan’ atau ‘kualiti dalaman’ yg tersembunyi di sebalik ketidakhenseman atau ketidaklawaan kita. Sebabnya, kalo diberi pilihan, kita pon akan pilih yg lawa dan hensem jugak.

Lagipon byk dah yg aku tgk, awek/balak muka cun/hensem abih, tapi mai tang pasangannya plak, muka tahap pecah amanah, eh silap, pecah rumah! Jadi aku tatau la samada mereka ni nampak keindahan dalamannya ka, ataupon nampak kedalaman poket pasangan dia ka, not sure la kan.

Apa yg aku nampak, tak kira la lawa ataupon tidak, cabaran dan ujiannya lebih kurang sama. Yg tak lawa tadi komplen org tak nampak ‘keindahan dalaman’ mereka, tetapi yg lawa plak mungkin diuji dgn cabaran dlm mencari pasangan yg mentakrifkan ‘keindahan dalaman’ sama dgn yg difikirkan oleh mereka. Mungkin bagi pompuan lawa tadi:

‘keindahan dalaman’ = cerdik, lemah-lembut, penyayang dll.

Tapi dlm kepala otak balak dia pulak:

‘keindahan dalaman’ = keindahan dalam kain

At the end of the Thursday, yg lawa pon sama jugak dgn yg tak lawa tadi, mengharapkan yg lelaki nampak kualiti2 lain di dlm diri mereka. Errmm, ye la kot.

Jadi bagi aku, aku tak nafi kita tak bleh trus judge a book by its cover. Pernyataan tu tak 100% salah sebagaimana ianya tidak jugak 100% benar. Mungkin pernyataan ni bleh dipakai SELEPAS kita mengenali seseorang atau mengguna sesuatu produk itu.

“Eh, design mcm celaka, tapi best gak baca majalah ni”
“Aiii, muka serupa lori Harvester dlm Starcraft, tapi romantik jugak dia ni yek?”
“Hak elaa, harap lawa/hensem ja! Pengotor nak mampus. Korek idung calit kat aku lagi!”

Begitulah adanya. ZZZZZzzzzz…..

Yang suka usha cover buku,
scumbaggins

  • Share/Save/Bookmark

, ,

  1. #1 by sanzblanco at April 28th, 2009

    aku kurang faham dengan kajian kes encik John dan cik Ambady. ahaha

  2. #2 by scumbaggins at April 28th, 2009

    tak paham psl kajian or hasil kajian? aku pon setakat ulas apa yg aku phm lpas baca study tu ja, heheh.

    fyi, nama ‘encik john’ tu aku saja letak sbg reference utk pensyarah.

  3. #3 by fridgemagnet at May 7th, 2009

    kes susan boyle (british got talent), another perfect example of dont judge a book by its cover..:- http://www.youtube.com/watch?v=nox2DRCAKxk

(will not be published)