Tragedi Bolasepak Hillsborough


Artikel ini disumbangkan oleh Lann Taro, penulis tamu pertama utk blog ini! Enjoy!



M
ungkin ramai yang tidak tahu langsung tentang tragedi bersejarah British ini, dan tidak keterlaluan jika aku klasifikasikan ramai peminat-peminat bolasepak tak ambil peduli pun tentang apa yang tersirat dengan peristiwaHillsborough ini. Secara menyeluruh, tragedi Hillsborough ini menjadi titik tolak kepada perubahan budaya bolasepak di British daripada nilai-nilai ganas dan hooligan. Jadi memandangkan kita baru sahaja menyaksikan kedua-dua perlawanan Semi-Final F.A Cup 2009 minggu lepas, ingin aku kongsi sedikit sebanyak yang aku tahu.

Hillsborough Stadium ialah nama stadium Sheffield Wednesday F.C di Sheffield, England. Peristiwa buruk tu berlaku pada 15 April 1989 ketika perlawanan separuh akhir (Semi-Final) F.A Cup antara Nottingham Forest F.C v Liverpool F.C. 96 kematian yang kesemuanya penyokong Liverpool F.C.

Pihak polis pada masa tu dah pun allocate penyokong Nottingham Forest pada Spion Kop End di salah satu terrace di belakang gol yang boleh tampung sebanyak 21,000 orang. Manakala penyokong Liverpool pula ditempatkan di hujung gol yang lagi satu iaitu Leppings Lane End yang hanya boleh muat 14,000 orang sahaja, padahal Liverpool mempunyai penyokong lagi ramai dari Nottingham Forest.

So insiden bermula bila ribuan penyokong Liverpool terkandas semasa dalam perjalanan ke Sheffield disebabkan highway jem akibat operasi baik pulih jalan. Game kick-off pukul 3:00pm, pihak polis, TV dan radio sudah pun berpesan pada penyokong yang tak bertiket tak boleh masuk dan datang awal sikit serta ambil tempat duduk 15 minit sebelum game, so disebabkan terkandas jem, lalu mereka tiba di stadium dlm pukul 2:40petang, waktu tu beribu-ribu manusia berpusu-pusu rushing masuk ikut main gate, pada masa yang sama, ratusan penyokong yang tak bertiket masih lagi ada kat main gate, tapi tak dapat nak keluar dari gerombolan manusia yang tiba2 ramai meredah gate tersebut. Polis mula panik lalu mereka dengan tenang pegi bukak satu exit gate kononnya nak beri peluang penyokong-penyokong yang nak keluar beredar, tetapi malangnya dengan gate-gate exit tu skali diredahi oleh penyokong-penyokong yang baru tiba.

Di dalam stadium, dah penuh sesak, anak beranak yang datang sekali dah berpecah tak tahu kemana. Pada masa itu game dah mula, setelah 6 minit, perlawanan dihentikan atas permintaan polis apa bila mereka menyedari ribuan manusia masih lagi berpusu-pusu masuk ke dalam Leppings Lane. Ramai yang terpaksa memanjat pagar untuk mengelakkan diri dari dihimpit antara besi pagar dan ribuan manusia. Ada yang ditarik dari section penonton Upper West Stand iaitu di atas Lepping Lanes. Pada masa itu keadaan dah tak terkawal, ratusan yang berjaya meloloskan diri masuk ke dalam padang. Ramai yang cedera parah. Yang menjadi kontroversi ialah, 44 buah ambulans tiba di stadium tetapi hanya satu sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam stadium untuk mengangkut mangsa-mangsa yang cedera, itu pun kemudiannya berpatah balik sebab terlalu ramai yang perlukan bantuan. Papan-papan iklan terpaksa digunakan sebagai pengusung bagi yang cedera. Dan yang sedihnya, Pihak polis masih lagi beria mengawal hooliganism pada masa itu instead of fokus pada menyelamatkan yang cedera.

94 orang mati di tempat kejadian, empat hari lepas tu seorang lagi mangsa mati, jadi 95. Kemudian selepas 4 tahun, kematian terakhir dilaporkan apabila mangsa yang koma 4 tahun, mati akibat kecederaan otak.Dari 96 mangsa tersebut, salah seorangnya adalah Jon-Paul Gilhooley, 10 tahun, sepupu kepada Kapten Liverpool, Steven Gerard, 9 tahun pada masa itu.Ketua Hakim England dan Wales, Lord Justice Taylor ditugaskan untuk menyediakan laporan menyeluruh tentang tragedi tersebut atau lebih popular dengan Taylor Report, di mana beliau telah mencadangkan pagar penghadang penonton di kesemua stadium di England dihapuskan, penjualan alkohol di pintu masuk diharamkan, tarrace penonton digantikan dengan tempat duduk all-seater stadium.Foto dicilok dengan tenang dari www.bbc.co.uk

Bermula dari tragedi inilah, seluruh penduduk British akhirnya menyedari bahawa kerakusan dan minat terlampau mereka terhadap bolasepak telah membawa kepada kematian ramai peminat bolasepak, ditambah pula dengan pengaruh alkohol yang mendorong kepada keganasan.Betapa besar impak tragedi ini hinggakan secara serta merta mentaliti dan budaya penyokong bolasepak di England berubah. Ibu bapa dapat membawa anak-anak mereka menonton bolasepak, dan secara tidak langsung menonton bolasepak di stadium telah menjadi aktiviti keluarga di England.

Kita di Malaysia mempunya penduduk yang rata-ratanya masih beretika dan menolak keganasan secara mutlak. Tetapi malangnya gejala vandalisme serta pergaduhan antara penyokong masih lagi menjadi budaya kita. FAM resah bilangan penonton yang ke stadium semakin susut, maintainance stadium, gaji pemain/staff tergantung berbulan-bulan. Menonton bolasepak di Malaysia tidak menjadi aktiviti keluarga, sebaliknya lebih kepada perhimpunan kumpulan kumpulan penyokong yang hidup nak mengutuk penyokong lawan, bukan nak tgk bola. And yet, kita masih bersungut tentang ranking dan kualiti pasukan kebangsaan yang handal sikit dari Pasukan Bolasepak Nepal.

Guest author,
Lann Taro

  • Share/Save/Bookmark

, , ,

  1. No comments yet.
(will not be published)
  1. No trackbacks yet.