Assalamualaikum dan selamat sejahtera!
Aku, scumbaggins kembali lg merapu dan kali ni tgn aku terasa gatal2 nk menulis review utk satu filem yg aku baru tgk. Tapi seblom tu, perlu diingat bahawa ini bukan review serius tahap Roger Ebert atau Empire Magazine ka apa, aku bukan ada formal education yg mendalam pon dlm bab2 bikin filem nih. Review aku bleh la dikatakan lebih menjurus kpd Consumer Review, di mana aku bg penilaian atau laporan psl produk yg aku guna, atau dlm kes ni, filem yg aku tonton. So, kalo aku kutuk atau puji melambung2 suatu filem itu, itu hanyalah dari perspektif aku saja. Apa yg aku suka tak semestinya hangpa pon kena ikut sama suka. Btoi? (betuiii~)
Jadi..
.jpg)
Boleh masuk ka tak bleh ni, encik?
Filem yg aku nak rebiu kali ni ialah sebuah filem Sweden yg bertajuk Låt den rätte komma in, yg bermaksud Lat tu abang den, gatei btui kome ni…kalo dibaca dlm loghat Negeri Sembilan campur Perak. Hahaha bukan2 aku tipu ja, jgn percaya. Ok tak lawak, teruskan.
Maksudnya dlm Bahasa Inggeris ialah Let The Right One In. Tajuk filem ini diinspirasikan drpd lagu oldskul Morissey, Let The Right One Slip In. Jadi kalo dlm Bahasa Melayu ialah Biarkan Yang Betul Masuk, aaa lebih kurang la tu. Alkisahnya, aku tgk filem ni in the first place sbb ia dicanang2 sbg filem seram terhebat bg tahun 2008. Kisahnya pasal vampire aka pontianak. Filem ni diarah oleh Tomas Alfredson, dan diadaptasi daripada novel yg bertajuk sama. Yg bestnya penulis novel tu sendiri, John Ajvide Lindqvist yg tulis lakon layar utk filem ni.
Dan cerita bermula dgn babak salji turun di waktu mlm yg sunyi. Btul2 punya sunyi, sampai aku igt TV aku set volume dia pelan sangat ka hapa. Tiba2 Squeal like a pig! Squeal! Haram zade btoi, aku tertipu. Mmg volume di tahap normal. OK, di sini kita diperkenalkan dgn seorang budak lelaki yg putih melepak mcm albino (tetapi dia bukan albino….MACAM albino saja) dok merapu sorg2 dlm bilik. Beliau ialah Oskar, watak utama filem ni yg dihantui inferiority complex, dan tinggal di dalam sebuah apartment bersama mak beliau. Dekat bawah apartment tu ada jungle gym di mana budak pathetic ni slalu lepak sambil berfantasi menikam budak yg dok buli dia kat skolah. Di sini jugaklah beliau bertemu dgn seorang budak perempuan yg bau badan dia mmg staiiii abih bernama Eli (disebut Ellei). Dgn rambut hitam lebat dan muka beliau yg serius, Eli melambangkan watak/kuasa ‘hitam, gelap dan misteri’, berbanding dgn si Oskar yg ‘putih, suci dan bersih’ ini.
Eventually, filem ni bertumpu kpd relationship 2 org budak nih, bagaimana sebijik Rubik Cube membuatkan mrk lebih curious utk mengenali isi hati masing-masing. Bibit-bibit cinta la nih. Dan ya, ini filem cinta dan seram (in that order) yg agak straightforward tanpa byk subplot atau twist sana sini yg memeningkan kepala. Byk org compare filem ni dgn Twilight (yg aku tak tgk lagi dan tak rasa teringin pon nak tgk), tapi bg aku filem ni adalah karya yg rare dari segi executionnya. Seimbang dan cantik, di mana sumanya implied saja dan tak melebih2. Contohnya babak di mana si Eli yg dah keseorangan setelah penjaga beliau, Hakan (yg merupakan balaci/pembunuh yg tak bleh harap langsung) kantoi di dlm misi beliau, masuk ke dlm bilik si Oskar tgh2 mlm buta dan trus tidur sekatil! Babak ini mmg sexual tensionnya sgt tinggi, sbb penonton mmg akan agak ‘derang ni akan buat apa yg bebudak Hollywood akan buat dlm situasi mcm ni’, tp si director ni mmg pandai mengolah ketensionan tersebut ke arah kesucian perasaan dua watak ni.
Senang cita filem ni tak tergolong dlm kategori over the top yg poyo. Contoh mcm subplot Oskar yg menjadi mangsa buli, dan camna beliau lwn balik pembuli2 (yg sebenarnya tak layak pon digelar pembuli), di mana kita tak ditonyoh dgn adegan2 cliche mcm kepala masuk lubang jamban, saja2 sadung kaki, bertumbuk, etc. Sumanya simple belaka dan nicely done. Ni jugak filem vampire pertama yg aku tgk yg tak pakai adegan-adegan wajib spt adegan vampire ternganga tunjuk taring sambil mengilai2, melecur kena holy water ataupon fight scene terbang sana sini ka hapa. Sbb filem ni tak treat penonton2 mcm org buduh. Huarghhh! Tgk taring aku! Aku vampire! Takut kan? Itu suma dah tak perlu dan tak laku.
Anyway, dari segi keseraman pulak, mmg isinya agak gore dan inovatif! Oleh sbb tajuk filem ni berkisar tentang mitos di mana vampire kena ‘dijemput’ dlu utk masuk ke dlm rumah ‘mangsa’, kita dpt tgk apa akibatnya kalo derang ni ‘masuk tanpa diundang’. Babak di mana si Eli ‘membalas jasa’ si Hakan yg terlantar kat hospital pon amat menarik. Dan juga subplot seorang pompuan mangsa Eli yg jadi vampire tanpa kerelaan beliau. Sumanya ada elemen disturbing yg digunakan secara optimum dan tepat. Senang cita, filem ni byk babak2 gory yg visualnya akan tertanam di dlm otak korg. Dan yg paling best tentunya ialah final act dekat kolam renang. Mmg brilliant! Tu ja aku bleh kata tanpa memberi spoiler yg potong stim, heheh.
Dan tak silap aku sepanjang filem ni, ada 2 kali si Eli ni ckp beliau bukan budak perempuan kat si Oskar yg mabuk cinta ni, yg aku tafsir sbg mungkin dia nak ckp bahawa dia bukan budak perempuan normal, merangkap hantu. Tp persoalan itu akan terjawab(?) di dlm satu split-second scene semasa si Oskar ni mengendap Eli tgh salin baju, yg pasti akan buat korang termencarut samada sengaja atau tidak. Mmg agak…..disturbing.
Apa2 pon, bagi aku filem ni mcm satu karya sastera sehebat Dracula (novel Bram Stoker DAN filem Francis Ford Coppola itu) dari segi kekayaan isi cerita dan visual2 yg unforgettable. Melampau bukan claim aku? Tapi tu la yg aku rasa. Btoi, serius lor. Oleh disebabkan itu, aku bagi filem ni rating INJINIUS! iaitu setaraf lima bintang. Susunan rating aku adalah spt berikut:
- INJINIUS - 5 bintang (hebat dari segala segi!)
- BEST - 4 bintang (cukup sifat sbg karya yg boleh dinikmati)
- OK - 3 bintang (menarik tapi rasa mcm ada sesuatu yg tak kesampaian)
- BOLEHLAH - 2 bintang (walopun agak hampeh tapi masih ada sedikit redeemable qualities)
- SAMPAH - 1 bintang (mmg tahap sampah yg tak bleh dikitar semula)
Dan utk yg berminat nak tau lebih lanjut psl background filem dan novel Let The Right One In nih, sila klik sini utk baca interview AICN ngan penulis novel merangkap screenwriter iaitu John Ajvide Lindqvist. Korang bleh tau yg sebenarnya byk adegan kena potong, dan pengarah Cloverfield iaitu Matt Reeves akan buat remake filem ni utk dirilis pada 2010. Haih….Hollywood2. Apa2 filem best macam tak ‘berkat’ kalo tak dibuat dlm acuan derang.
Apa2 pon, aku mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca sampai habih tanpa tertidur (aku harap la)! Tengkiu2.
scumbaggins

#1 by frodo baggins at April 17th, 2009
halooo.. saya frodo baggins, adik scumbaggins..
artikel ni best, tapi bagi aku panjang sangat untuk diletakkan di satu page.. apa kata kau buat content macam pendahuluan je, dalam 2-3 perenggan.. pastu kasi ada link read more.. baru nampak cooooolLLLL… pastu carik rating script. baru bleh nampak berapa rating yang orang kasi untuk setiap artikel tu.. amacam best tak idea aku? haha.. merapu lak budak kecik seko ni..
#2 by sanzblanco at April 17th, 2009
lalu aku dengan tak malunya memohon jasa baik encik scumbaggins untuk meminjam dvd beliau ittew..
#3 by fridgemagnet at April 17th, 2009
dan tak malunyer saya memohon jasa baik encik scumbaggins dan encek demityuh untuk meminjam dvd ittew ….
#4 by scumbaggins at April 17th, 2009
ZZZZzzzzz……
#5 by neppy nep at June 4th, 2009
ya la incik scumbaggins.
walopon kengerian file itu di tahap optima, tp kemerapuan incik tidak.
sy xdpt menangkap isi mengenai cerita itu di dalm karangan incik kerana kemerapuan incik menyeliratkan isi2 penting tersebut.
ataw adakah kerana sy ialah pembaca yg x bertauliah?
haaa….
#6 by scumbaggins at June 5th, 2009
well~
ntah la incik nepp
#7 by neppy nep at June 12th, 2009
elo.. aku nk tanya samting
ada bnda aku xphm
kan time eli salin baju, kita nmpak tuuttt kan
tp, asal bnda tu jadi lagu tu
n lg 1, ko kata scene tu ialah jawapan kpd persoalan nape budak pompuan tu ckp dia bkn pompuan
so… apa jawapannya?
dia bkn laki kan…
#8 by scumbaggins at June 14th, 2009
ooowh bab tu ka.
sbbnya…..dlm novel kononnya si eli ni asalnya budak lelaki tetapi ‘ehem’ dia kena kerat dlm satu ritual yg buatkan dia jadi vampire (kalo x silap aku). jadi…
————-SPOILER AHEAD!———–
jadi sebenarnya bukan nampak tuttt si eli, sbb xde tuttt pon dlm scene tu. kita nampak mcm parut ja kat bhgn tu. aku tgk 1st2 pon konpius (dan terkejut jugak), tp memandangkan dia bg ‘hint’ yg dia bkn pompuan…jadi paham2 je lah ye.
#9 by neppy nep at June 20th, 2009
skrg ni aku tgh dlm proses mmbaca novel filem tu. msh xhbs lg sbb tgh bz bwat sistem. tp dr apa yg aku baca stakat ni, aku agk tergezut sket. aku xpasti kt sweden tu mmng dh jadi budaya ke ape ke, tp dlm buku tu, penulis terang2ngan citer pasal budak lagi underage jd pelacur utk lelaki.. n hakan n oskar sndri jatuh cinta kt eli (seorg bdk lelaki). so, sapa nk baca novel ni kena hav open mind la. sbb ada beberapa plot yg aku rasa bkn takat 18PL dah, tp 26PL aku rasa. ngeeeeeeee~